John Corbett
John Corbett | |
---|---|
Kelahiran | John Joseph Corbett, Jr. 9 Mei 1961 Wheeling, West Virginia, A.S. |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1987–kini |
Rakan kongsi domestik | Bo Derek (2002–kini) |
John Joseph Corbett, Jr. (lahir 9 Mei 1961) ialah pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat.[1] Beliau terkenal sebagai Chris Stevens dalam Northern Exposure dari 1990 hingga 1995; dan Aidan, kekasih Carrie Bradshaw dalam Sex and the City—peranan yang dilakonkan semula dalam kesinambungan Sex and the City 2. Beliau juga menjadi pasangan lakonan Nia Vardalos dalam My Big Fat Greek Wedding (2002). Kemudian beliau membintangi United States of Tara sebagai Max Gregson, dan muncul dalam soro drama komedi NBC, Parenthood sebagai Seth Holt. Selain dunia seni lakon, Corbett juga aktif televisyen dan radio, menjadi pelakon suara untuk iklan, dan mencipta lagu. Beliau telah merakamkan dua album lagu bergenre country.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Corbett lahir di Wheeling, West Virginia pada 9 Mei 1961.[2] Beliau melanjutkan pelajarannya di Wheeling Central Catholic High School, menamatkan pengajian pada tahun 1979.[3] Corbett mulai belajar bermain gitar sejak umur 7 tahun, dan pada umur 16 tahun beliau menerima tawaran beraksi di Capitol Music Hall.[4] Selepas menamatkan persekolahan, Corbett berpindah ke California, bekerja di kilang baja selama enam tahun.[5] Belkau menggunakan masa lapangnya untuk berlatih secara fizikal untuk mendaftarkan diri di L.A. County Deputy Sheriff, namun tidak berjaya.[6] Beoiau berhenti bekerja kerana mengalami kecederaan, beliau kemdian belajar di Cerritos College, Norwalk, California. Beliau mengambil kelas seni lakon dan pendandan rambut selama setahun.[7][8] Beliau menerima ijazah sebagai pendandan rambut pada 1986.[9] Beliau kemudian bekerja untuk Samsung dan selama tiga tahun membintangi 50 iklan komersial.[10][11][12][13][14][15][16][17][18][19]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "John Corbett". The New York Times. Dicapai pada February 11, 2011.
- ^ Woods, Eric (March 4, 2011). "John Corbett combines acting with lifelong love of music". Lubbock Avalanche-Journal. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ "Actor John Corbett Comes Home to Alma Mater". The Intelligencer Wheeling News Register. September 21, 2007. Dicapai pada November 30, 2007.
- ^ "John Corbett: 'City' man goes country". Gainesville Sun. July 14, 2006. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ "John Corbett On 'A Smile As Big As The Moon,' Playing Mike Kersjes And Why He Almost Wasn't An Actor". The Huffington Post. January 28, 2012. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ Murray, Rebecca (April 7, 2008). "Keanu Reeves, John Corbett, Amaury Nolasco and Jay Mohr Talk 'Street Kings'". About.com. The New York Times Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-31. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ Matsumoto, Jon (September 14, 1997). "John Corbett Plays With The Paranormal As Fox's 'The Visitor'". Los Angeles Times. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ Romanek, Bethany A. (January 15, 2006). "John Corbett Finds Peace of Mind in Ohio Valley". The Intelligencer Wheeling News Register. Comcast.net. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ Babka, Allison (October 9, 2013). "Get To Know Singer/Actor John Corbett Before Tonight's Show at The Gramophone". Riverfront Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ Johnson, Kevin C. (October 3, 2013). "Corbett doesn't mind being billed as the guy from 'Sex and the City'". St. Louis Post-Dispatch. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ Ausiello, Michael (December 17, 2010). "John Corbett Lands Arc on NBC's 'Parenthood'". Deadline.com. PMC. Dicapai pada November 29, 2013.
- ^ Stanhope, Kate (November 26, 2013). "Parenthood Exclusive: John Corbett Books Return Appearance". TV Guide. Dicapai pada November 29, 2013.
- ^ Elliott, Stuart (September 17, 2012). "Q. and A. with Stuart Elliott". The New York Times. Dicapai pada October 8, 2012.
- ^ "Actor takes a stab at the role of country music star". Billboard. 2006. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ Myers, Jim (February 28, 2013). "John Corbett shows love for country music on new album". The Tennessean. Gannett Company. Dicapai pada November 30, 2013.[pautan mati kekal]
- ^ "Five Questions With John Corbett". ReDigi. January 29, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada November 30, 2013.
- ^ Brasher, Joan. "John Corbett". The Fish. Dicapai pada February 11, 2011.
- ^ Murray, Rebecca. "Interview with John Corbett from 'Raise Your Voice'". about.com. Dicapai pada February 11, 2011.
- ^ "'I'm so happy,' says Bo Derek as she opens up for the first time about romance with Sex And The City's John Corbett". Daily Mail. November 4, 2008. Dicapai pada February 11, 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan John Corbett |